Bertemu di Alam Ghaib Akhirnya Wujud Hang Tuas Terkuak

Geegle  HayoO
Hang Tuah - adalah sebuah epik kepahlawanan yang merentasi sepanjang zaman naik turun kerajaan Empayar Melaka. Hang Tuah merupakan seorang laksamana yang Utama serta pahlawan Melayu yang taat kepada rajanya terutama semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15.

Semasa Hidupnya, Beliau diutuskan meminang seorang Puteri yang tinggal di puncak Gunung Ledang. Tetapi Beliau gagal dalam tugas itu, dan menyebabkan perasaan malu dimilikinya, Hang Tuah langsung menghilang dan tidak pernah nampak lagi......
dan terus saja hilang dan tak pulang-pulang.

Namun, begitu setelah berzaman kini banyak orang bisa melihat wajah sebenarnya dari sosok Laksamana Hang Tuah selepas gambar pahlawan itu dicetak di atas setem eksklusif keluaran Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad).

Pengerusi Pesawad, Khalid Hussin berkata, wajah pada setem itu menyamai 99 peratus wajah pahlawan Hang Tuah yang terkenal ketika pemerintahan Kesultanan Melaka pada abad ke-15.

Gambar ini milik peribadi Ahli Bersekutu Pesawad, Datuk Dr Ibrahim Ghaffar yang bersetuju untuk mendedahkan dan berkongsi wajah Hang Tuah kepada orang banyak selepas Pesawad mengemukakan permohonan pada Jun lalu.

Khalid berkata, setem memaparkan wajah Hang Tuah yang telah mula digunakan untuk penghantaran Kad Raya oleh Pesawad itu, diwujudkan bertujuan untuk menaikkan jati diri orang Melayu.

Sementara itu, Dr Ibrahim berkata, potret lukisan Hang Tuah itu terhasil pada 1989 selepas beberapa kali bertemu dengan pahlawan itu di alam ghaib yang bermula pada tahun 1988.
“Selepas beberapa kali bertemu dan wajah selalu tampil sama, saya tidak ragu-ragu lagi bahwa memang dialah Hang Tuah lalu saya minta bantuan kepada seorang rekan untuk melukis potret Hang Tuah berdasarkan cerita saya,” katanya.

Entah kemana Hang Tuah menghilang menjadi misteri dan tidak di ketahui lagi tentang keberada'annya, tapi yang menjadi misteri dan menjadi tanda tanya adalah bagaimana pulak mereka bisa bertemu di alam ghaib?

Wallahu'alam aja yaa.

Artikel Terbaik Serupa: