Wilujeung Sumping di Blog GeegleHayoO

Belajar Gitar Dengan Teknik Mudah dan Menyenangkan

9 min read

Panduan belajar gitar untuk permulaan
Untuk mereka yang tak pernah bermain gitar tapi berhasrat mahu bermain gitar, ini lah situs terbaik untuk kamu. Kamu mungkin pernah melihat seorang pemain gitar dan mempunyai keinginan untuk bermain gitar. Untuk menjadi seorang pemain gitar yang betul-betul mahir, ia mengambil masa 5 sehingga 10 tahun. Tetapi untuk seorang yang tidak pernah memegang atau bermain gitar, hanya satu hari digunakan untuk kamu mengenal, berlatih dan bermain beberapa kord yang mudah. Pertama sekali yang kamu harus buat ialah mengenal alat muzik gitar. Seperti dalam gambar di bawah.
Peluang Mendapat Duit Cepat Melalui CharityID
Gunakan alat penala string atau tuner untuk menala / tune setiap tali gitar mengikut standard tune not. Atau boleh juga tune gitar menggunakan Guitar Tuner Online di internet.
Chord atau kord yang paling ringkas dan mudah diguna pemain gitar ialah kord C major dan A minor. Kord C major biasanya akan ditulis " C" sahaja manakala kalau sekiranya ia berbunyi minor maka ia akan bertulis " C m ". Kord C major atau C
selalunya dimainkan dalam lagu mode gembira. Kord minor seperti A minor dan E
minor selalunya ditulis " A m " dan "E m " sahaja dan ia selalu diguna untuk lagu mode sedih. Beza anatara "minor " atau "major " ialah "minor " itu mempunyai mood yang sedih. " Major" pula jikalau dibunyikan akan berbunyi irama yang gembira. Major ialah scale / skel irama utama yang berasal dari budaya kehidupan orang Eropah.
E A D B G E ialah tune untuk setiap string gitar.
Chord progression ialah pergerakan dan pertukaran kord dari kord pertama hingga yang seterusnya, Kalau kamu sudah tahu menekan string gitar dengan jari kamu untuk kord C dan Am, cuba pula mainkan dua kord itu bersilih ganti, dua kali strum atau dua kali petik keseluruhan string gitar untuk satu kord. Strum ialah perbuatan menyentuh keseluruhan tali atau string gitar dengan tangan untuk membunyikan kesemua string gitar itu menggunakan pick atau jari tangan kanan sahaja.
Sekarang cuba pula chord progression ini
C - G - Am - F
______________________________________________________
Chord progression untuk kord A minor. Am - F - C - G
Dalam chord progression lain yang bermula dari kord C
atau Am, E minor dan D minor juga ada diguna.
Chord progression untuk kord C yang ringkas dibawah ini berasal dari muzik klasikal seperti Canon karangan Pachelbel dan Air on G String karangan J.S.Bach.
C - Em - Am - G - F - Em - Dm - G
atau prog biasa seperti dibawah
C - G - Am - G
Di bawah chord progression untuk chord atau kord A minor.
Am - F - C - G
atau prog biasa seperti dibawah
Am - Dm - G - C - F - Dm - Em - Am
Chord prog yang ini pula biasa terdapat dalam lagu pop tempatan. Ia juga berasal dari chord progress muzik klasikal eropah seperti dalam karangan lagu komposer Mozart, Beethoven dan Nikolai Rimsky Korsakov. Cuba mainkan dan berlatih kord progression diatas dua kali strum untuk satu kord . Setelah kamu mahir menukar kord-kord di yang diatas, boleh kamu berlatih teknik strum yang lain pula. Mudah-mudahan panduan ringkas di atas serba sedikit dapat mengajar dan membolehkan kamu bermain gitar dalam masa beberapa hari hingga satu minggu.
Teruskan ke bawah untuk Panduan Belajar Gitar Bahagian Ke 2
Kamu tidak boleh menjadi seorang pemain
gitar pro mega super shredder dalam 1 hari. Kerana tidak ada orang yang boleh
belajar dan terus pandai bermain seperti tahap pro dalam satu atau dua hari saja.
Untuk menjadi menjadi seorang yang betul-betul pandai bermain gitar, kamu mesti belajar dari asas. Seorang pemain gitar perlu kira-kira 5 hingga 10 tahun untuk menjadi seorang pemain gitar
profesional yang betul-betul mahir.
Perkara yang paling penting yang kamu
mesti belajar pertama adalah kord gitar. Bermula dari bahagian pertama diatas kamu telah diajar untuk bermain kord gitar
asas seperti C, G dan F major.
Kord yang diajar dalam bahagia pertama ialah jenis kord terbuka atau open kord.
Perkembangan kord atau kord progression
yang bermula dengan kunci utama kord C juga boleh dimulai dalam kord yang lain.
Mari kita lihat apakah chords utama (open chords) yang lain.
kord utama dalam mode minor (minor open chord)
Peringatan : Kord-kord selalu di tulis dalam huruf besar E F G A D
Kord ditulis seperti Em Fm Gm Am Bm Cm or Dm.
Pelajaran 1. Susunan Kord bar atau barre chord
Dalam muzik, kord bar atau barre chord
(juga dikenali sebagai kord bar atau jarang
Barre kord) adalah sejenis kord gitar, di mana satu atau lebih jari digunakan untuk menekan kesemua string tali gitar dari tali pertama hingga tali ke enam (seperti bar
menekan tali), membolehkan pemain memainkan kord tanpa ada batasan tona bunyi string gitar yang tidak ditekan. Barre
chords sering dirujuk sebagai kord yang bergerak, secara keseluruhan tangan boleh
dengan mudah digerakkan dari hujung leher gitar (dekat kepala gitar) hingga ke leher gitar yang dekat pada badan gitar.
Biasanya digunakan dalam muzik yang paling popular dan klasik, mereka sering digunakan dalam gabungan dengan open chord atau standard chords gitar.
Walaupun sedikit menjejaskan kualiti
nada.
Barre chord atau kord bar sama seperti menggunakan capo pada fret guitar. Dari fret pertama kamu boleh menggerakkan tangan ke fret yang tertinggi berdekatan badan gitar tanpa menukar walau satu pun jari.
Barre kord adalah kord yang punya asas seperti dari kord utama (open chord) E major seperti contoh gambar dibawah ini.
Letak jari telunjuk kamu pada fret ke 3 seperti garisan dalam gambar ini untuk membentuk kord barre G major
Teknik menekan chord barre.
Letak jari di atas fret yang untuk note G (atau note lain yang dikehendaki untuk membentuk barre cord) pada fret ketiga (atau lain-lain fret) dan kesemua string pada fret itu ditekan menggunakan satu jari. Posisi jari pertama (jari telunjuk) ini ialah sebagai kepala utama untuk barre chord.
Kemudian tekan note dibelakang guna jari untuk note yang lain seperti gambar diagram barre kord di bawah. Kalau tidak menekan jari tengah maka ia adalah barre chord G minor. Apa bila jari tengah menekan strings nombor 3 fret ke 3 maka ia menjadi barre chord G major.
Cuba gerakkan jari pertama ke fret 5 pula didikuti jarikelingking pada fret 7 tanpa mengubah susunan jari. Tekan jari tengah pada string ke 3. Tekan kord itu dan strum. Kord yang berbunyi itu adalah nada kord A major (barre kord)
Sekarang gerak susunan tangan atau keseluruhan tangan ke fret sebelah kanan (fret ke 6) tanpa menukar sebarang jari. Sekarang kord major ini berubah nada menjadi sharp atau pitch lebih tinggi dari semasa fret sebelumnya. Nama untuk kord itu ialah A# atau A sharp major.
Mainkan kord A lagi kemudian pindahkan ia ke fret sebelah kiri (fret ke 4). Kord yang baru dipindahkan itu ialah kord Aflat. Kamu boleh memainkan kord flat atau sharp untuk semua jenis kord bar atau cord biasa.
Ingat saja, kalau mana-mana kord yang terkeluar dari tempat asal ia berada dalam kunci / key sharp atau flat.
Kalau kamu tidak menekan jari nombor 2, kord harmoni akan berbunyi seperti kord minor. Ini ialah kord bar Am
Ketahui Cara Mendapat Wang Cara Pantas - CharityID
Pelajaran 2. Mari bermain kord bar minor.
Kord G minor
C minor.
Untuk barre chord root C minor, bentuk hampir sama tetapi posisi jari 2,3 & 4 diturunkan pada string ke bawah seperti dalam gambar chord digram dibawah.
A m - Sekarang kamu boleh bermain kord Am sama seperti kord Gm dalam gambar gambar diatas. Tetapi pastikan ia berada di fret nombor 5
B flat minor - Jari nombor 1 kamu berada di tali ke 5 pada fret 2. Jari no 2 tali ke 2 fret no 3. Jari ke 4 nombor tali ke 3 fret no 4. Jari ke tiga pada tali 4 fret ke 4.
C m - Kamu boleh memainkan kord C minor sama seperti kord bar B flat minor pada fret no 3.
Berlatih menekan kord-kord ini & ingatkan dalam memori minda kamu.
Kord C major seperti dibawah ini boleh ditekan seperti dalam gambar ini atau pun ditekan menggunakan jari 2,3 & 4 seperti gambar terbawah sekali
Pelajaran 3. Mari kita mulakan pelajaran dengan berlatih pertukaran kord (chord progression) dibawah.
A - F #m - D - E
Pelajaran 4. Chord progression of G key chord
G - Em - C - D
Pelajaran 5. D major key chord -
D - B m - G - A
Pelajaran 6. F flat or C# key chord -
F flat (C#) - C m - G - D
Pelajaran 7. sekarang cuba main pertukaran bermula dari kord major.
1. A - E - F flat - E - D - Cflat - Bm - E
2. G - D - Em - D - C - Bm - A m - D
3. F - C - D m - C - B flat - A m - Gm - C
4. D - A - B m - A - G - Fflat m - Em - A
Latihan kord progression
Kord progression dibawah ini berupa lagu barat yang biasa didengari. Bagaimanapun kord dibawah bukan lah dalam bentuk kord yang asli original tetapi sekadar untuk latihan membiasakan tangan menukar kord kord gitar.
A D E D atau D G A G atau G C D C
“Beverly Hills” – Weezer
“Louie Louie” – The Kingsmen
“The Joker” – Steve Miller Band
“Undone (The Sweater Song)” – Weezer
“Walking on Sunshine” – Katrina and the Waves
“Wild Thing” – The Troggs
“You Shook Me All Night Long” – AC/DC
D C G D atau E D A E atau A G D A
“Born This Way” – Lady Gaga
“Fortunate Son” – Creedence Clearwater Revival
“Hey Jude” (nah nah) – The Beatles
“Lit Up” (verse) – Buckcherry
“Sweet Child O Mine” – Guns N Roses
“Thank You” – Led Zeppelin
G D Em C
“Africa” – Toto
“Can You Feel the Love Tonight” – Elton John
“Don’t Stop Believin’” – Journey
“Forever Young” – Alphaville
“Happy Ending” – Mika
“I’m Yours” – Jason Mraz
“Land Down Under” – Men at Work
“Life by the Drop” – Stevie Ray Vaughan
“No Woman No Cry” – Bob Marley
“Poker Face” – Lady Gaga
“Save Tonight” – Eagle Eye Cherry
“She Will Be Loved” – Maroon 5
“Take on Me” – A Ha
“The Story” – Brandi Carlile
“Under the Bridge” – Red Hot Chili Peppers
“When I Come Around” – Green Day
“Wherever You Will Go” – The Calling
“With or Without You” – U2
“You’re Beautiful” – James Blunt
G Em C D
“Crocodile Rock” – Elton John
“D’yer Mak’er” – Led Zeppelin
“Earth Angel” – The Penguins
“I Will Always Love You” – Whitney Houston
“Last Kiss” – Pearl Jam
“Total Eclipse of the Heart” – Bonnie Tyler
Em C G D
“Building a Mystery” – Sarah McLachlan
“Bullet with Butterfly Wings” – Smashing Pumpkins
“Grenade” – Bruno Mars
“Honest Mistake” – Bravery
“Rebellion (Lies)” – Arcade Fire
“Self Esteem” – The Offspring
G D Em Em atau C G Am Am
“Another Brick in the Wall” – Pink Floyd
“Simple Man” – Lynyrd Skynyrd
D Em G A atau G Am C D
“Young Americans” – David Bowie
Am Dm G C atau Em Am D G
“Island in the Sun” – Weezer
A D Em A atau D G Am D atau G C Dm G
“Yellow Submarine” (verse) – The Beatles
C G D A E E E E


Semoga Cepat Pintar...
((
___; )
((

Bersyukurlah Jika Semua Orang Bisa Tertawa Dan Senang Karena Kebodohanmu, Daripada Menjadi Orang Pintar Tetapi Selalu Menyusahkan Semua Orang...

Anda mungkin menyukai postingan ini

Posting Komentar

Bagaimana dengan Artikel ini?
Silahkan Anda Bebas Berpendapat!
((
___; )
(6